Showing posts with label Qi Razali. Show all posts

Monday, March 31, 2014

Adakah Sharnaaz Jadi Orang Ketiga Di Antara Qi Razali dan Nelydia Senrose?

3 Dec

Akhir-akhir ini kerap benar nama Sharnaaz muncul dalam akhbar-akhbar tempatan. 
Ini kerana Sharnaaz banyak terlibat dengan hubungan cinta tiga hala di kalangan rakan-rakannya sendiri.
Sharnaaz Jadi Orang Ketiga Di Antara Qi Razali dan Nelydia Senrose 2
Namun sehingga ke hari ini, kebanyakkan laporan atau gosip-gosip liar yang melibatkan Sharnaaz adalah tidak benar, termasuklah hubungan cinta di antara Pekin dan Uqasha Senrose [KLIK DI SINI].
Terbaru, Sharnaaz dikaitkan dengan hubungan cinta Qi Razali dan Nelydia Senrose. Khabarnya Qi Razali cemburu melihat hubungan persahabatan di antara Sharnaaz dan Nelydia. 
Sharnaaz juga pernah memuat turun gambar beliau bersama Nelydia dan menulis “Tak payah pening-pening, dah depan mata”.
Semalam, Qi pula telah menulis di laman Twitternya seperti berikut: 
”Celik- celik dah depan mata. Tak payah pening-pening dah. Good luck to both of you’’
Qi Razali juga menulis ‘Menerima hakikatnya, Redha’, yang merujuk kepada perhubungan di antara Sharnaaz dengan Nelydia Senrose. 
Sharnaaz Jadi Orang Ketiga Di Antara Qi Razali dan Nelydia Senrose 1
Sharnaaz Ahmad bersama Nelydia Senrose
Mendengarkan gosip itu, Sharnaaz berkata, hubungan di antara Nelydia hanyalah sebagai rakan di dalam sebuah drama lakonannyaBukan Kerana Aku Tak Cinta.
Sharnaaz yang ditemui tergelak besar apabila Qi Razali tersalah anggap berkenaan gambar yang dimuat turun oleh beliau.
Kata Sharnaaz, gambar tersebut dimuat turun semata-mata untuk mempromosikan filem terbaru lakonannya, Bukan Kerana Aku Tak Cinta
Sharnaaz Jadi Orang Ketiga Di Antara Qi Razali dan Nelydia Senrose 3
Sharnaaz juga telah memohon maaf keada Qi Razali berkenaan gambar tersebut melalui Nelydia Senrose. Katanya, oleh kerana beliau tidak mengenali Qi Razali dengan rapat, beliau hanya memohon maaf melalui teman wanitanya itu. 
“Macam dengan Pekin dulu, kami kawan rapat. Jadi senanglah untuk berjumpa. Macam dengan Qi, saya hanya kenal sebagai rakan dalam industri sahaja.”
“Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya mohon maaf andai Qi terasa dan saya dah jumpa dengan Nely petang tadi (semalam).”
”Saya pun tak pasti ini salah faham, atau mereka memang ada masalah sebelum ini dan kebetulan perkara ini berlaku.”
“Apa yang pasti saya tak mahu cari gaduh, apatah lagi melibatkan isu kerja. Rasa tak seronoklah sebab saya kena bekerjasama dengan Nely.”

Apa Komen Anda?

Media China minta keluarga bersikap rasional

  • MH370
1 / 1
KUALA LUMPUR - Media China meminta keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370 yang masih hilang supaya "tidak membiarkan kemarahan mereka mengatasi fakta dan kewarasan", walaupun mereka berasa amat sedih.
  
Dalam ruangan pendapat umum bertajuk "Hadapi tragedi MH370 dengan rasional" yang disiarkan oleh akhbar China Daily hari ini, penulis Mei Xinyu berkata anggota keluarga mangsa perlu mematuhi nilai-nilai asas masyarakat bertamadun.
  
Beliau berkata mereka juga perlu menjaga "maruah sebagai sebuah kuasa besar".  

"Perkataan dan tingkah laku tidak waras yang bercanggah dengan nilai-nilai asas sekalipun atas nama 'mempertahankan hak perundangan', tidak akan membantu dalam hal ini.
  
"Sebaliknya, ia mungkin menikam diri sendiri dan menjejaskan keseluruhan  kepentingan nasional, menyebabkan semua rakyat China menanggung kesan tragedi itu," kata beliau dalam akhbar itu yang dimiliki kerajaan.

Xinyu, seorang penyelidik di Institut Kerjasama Perdagangan dan Ekonomi Antarabangsa, Kementerian Perdagangan China, berkata warga China perlu memahami yang kejadian itu mungkin insiden paling aneh dalam sejarah penerbangan awam Asia.
  
Beliau menarik perhatian bahawa menemui pesawat dan menganalisis data teknikal akan mengambil masa.
  
"Penerbangan MH370 nampaknya jatuh di selatan Lautan Hindi yang sunyi dengan keadaan ombak yang tinggi dan kedalamannya mencecah beribu-ribu meter. Tidak banyak penerbangan sivil atau kapal-kapal laut melalui kawasan ini.
  
"Kita perlu ingat, ada kes di mana bangkai pesawat hanya dijumpai selepas beberapa tahun usaha mencari. Selain semua pihak perlu berusaha mencari hasil terbaik, mereka juga perlu bersedia untuk pencarian yang mengambil masa lama," katanya.
  
Xinyu berkata keluarga dan waris perlu faham bahawa pencarian pesawat yang hilang itu membabitkan keupayaan ketenteraan dan rahsia pertahanan sesebuah negara.
  
Oleh itu, menuntut sebuah negara berdaulat untuk mengeluarkan semua maklumat adalah tidak wajar, dan adalah mustahil bagi semua maklumat rahsia itu didedahkan.
  
"Pendapat umum tidak sepatutnya menyalahkan pihak berkuasa Malaysia kerana kononnya menyembunyikan maklumat berikutan ketiadaan bukti, memandangkan kita perlu bertindak mengikut undang-undang dan bukan dengan 'membuat bising' atau menunjukkan tingkah laku yang agresif atau tidak waras," kata beliau.
  
Xinyu berkata anggota keluarga harus mengakui bahawa dalam insiden yang belum pernah berlaku itu, Malaysia tidak lepas tangan dan seluruh rakyat Malaysia menunjukkan kesedihan yang mendalam.
  
(Oleh itu) rakyat China perlu mengelak daripada mencetuskan kritikan dan memulakan pemulauan terhadap Malaysia bagi memastikan mereka tidak melukakan hati majoriti rakyat Malaysia.
  
"Semua rakyat China bersimpati dengan anggota keluarga penumpang MH370 dan berkongsi kesedihan mereka," kata beliau.

Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac dan hilang daripada radar kira-kira sejam kemudian.
  
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.  Sebanyak 154 daripada penumpang MH370 adalah warga China.    

Pada 24 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa penerbangan MH370 berakhir di "selatan Lautan Hindi" berdasarkan analisis data satelit oleh firma telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB).
  
Misi pencarian pelbagai negara dikerahkan di selatan Lautan Hindi untuk mencari  pesawat Boeing 777-200 itu, yang melencong daripada laluan asal penerbangannya.

berita panasss Qi Razali,Nelydia Senrose,Sharnaaz Ahmad,Shila Amzah

Qi Razali,Nelydia Senrose,Sharnaaz Ahmad,Shila Amzah
  • Sharnaaz Ahmad, Nelydia Senrose Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose.
1 / 1
SEJAK akhir-akhir ini, nama Sharnaaz Ahmad sering menjadi perhatian di laman sosial, mahupun di media massa.

Setelah episod cinta kecundangnya dengan penyanyi, Shila Amzah, Sharnaaz kembali menjadi perhatian setelah dikatakan menemui pengganti Shila beberapa bulan kemudian setelah menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon dari Singapura, Elfaeza Ul Haq, namun menafikannya.

Seterusnya, Sharnaaz dikatakan bertumbuk dengan seorang pengguna jalan raya dan Sharnaaz enggan memberi komen mengenai perkara itu.

Belum pun reda, nama Sharnaaz sekali lagi menjadi sebutan apabila dikatakan menjadi orang ketiga dalam perhubungan Uqasha Senrose dan Pekin. Namun perkara itu dapat diselesaikan apabila Pekin hanya salah faham dengan hubungan rapat Sharnaaz dengan kekasihnya.

Kemudian, nama Sharnaaz kembali terpalit dengan Shila apabila Sharnaaz meluahkan kecewa dengan hubungan rapat Shila dan Johan As'ari, tetapi redha dengan perkara itu.

Namun selepas satu persatu kontroversi melanda, Sharnaaz akhirnya meluahkan kekecewaan dan berhasrat bersara dari industri seni, bagaimanapun ditentang ramai pihak.

Terbaru, nama Sharnaaz sekali lagi menjadi perhatian apabila dikatakan menjadi punca hubungan pasangan ideal Qi Razali, 35 dan Nelydia Senrose, 19, berantakan.

Semuanya gara-gara gambar bersama kapsyen, “Tak payah pening-pening, dah depan mata” - menunjukkan seolah-olah dia dan Nelydia ada hubungan istimewa.

Qi juga pada pagi semalam mengemas kini laman Twitternya dengan status : ‘Celik- celik dah depan mata. Tak payah pening-pening dah. Good luck to both of you’ dan ‘Menerima hakikatnya, Redha’, sebelum dia memadam sebahagian daripada status yang dikongsikan.

Tertawa dan tidak melenting sebaik ditanya mengenai isu terbabit, Sharnaaz berkata dia agak terkejut perkara tersebut, namun menegaskan tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa bersama Nelydia.

"Status itu di buat hanya untuk mempromosikan drama terbaru lakonan saya dan Nely (Nelydia) iaitu Bukan Kerana Aku Tak Cinta dan kami masih menjalani penggambaran.

"Kapsyen tersebut adalah sebahagian dialog dalam drama tersebut. Saya tiada niat apa-apa dan hanya mahu mempromosikan drama itu sahaja," ujarnya dalam nada kesal kepada Zass.

Mohon maaf

Sharnaaz berkata, sebaik mengetahui hal terbabit, dia hanya mampu memohon maaf kepada Qi melalui Nelydia dan tidak bersemuka dengan pengacara dan pelakon itu kerana tidak berkawan rapat.

"Macam dengan Pekin dulu, kami kawan rapat. Jadi senanglah untuk berjumpa. Macam dengan Qi, saya hanya kenal sebagai rakan dalam industri sahaja.

"Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya mohon maaf andai Qi terasa dan saya dah jumpa dengan Nely petang tadi (semalam). Saya pun tak pasti ini salah faham, atau mereka memang ada masalah sebelum ini dan kebetulan perkara ini berlaku.

"Apa yang pasti saya tak mahu cari gaduh, apatah lagi melibatkan isu kerja. Rasa tak seronoklah sebab saya kena bekerjasama dengan Nely.

"Apatah lagi ini drama terakhir saya dan saya memang beri 200 peratus untuk drama ini," jelasnya.

Di tebak adakah dia nekad untuk bersara, Sharnaaz berkata : "Entahlah, susah nak cakap. Belum pasti lagi tapi buat masa ini, drama ini adalah projek terakhir saya," ujarnya ringkas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...