Adakah Sharnaaz Jadi Orang Ketiga Di Antara Qi Razali dan Nelydia Senrose?
3
Dec
Akhir-akhir ini kerap benar nama Sharnaaz muncul dalam akhbar-akhbar tempatan.
Ini kerana Sharnaaz banyak terlibat dengan hubungan cinta tiga hala di kalangan rakan-rakannya sendiri.
Namun sehingga ke hari ini, kebanyakkan laporan atau gosip-gosip liar yang melibatkan Sharnaaz adalah tidak benar, termasuklah hubungan cinta di antara Pekin dan Uqasha Senrose [KLIK DI SINI].
Terbaru, Sharnaaz dikaitkan dengan hubungan cinta Qi Razali dan Nelydia Senrose. Khabarnya Qi Razali cemburu melihat hubungan persahabatan di antara Sharnaaz dan Nelydia.
Sharnaaz juga pernah memuat turun gambar beliau bersama Nelydia dan menulis “Tak payah pening-pening, dah depan mata”.
Semalam, Qi pula telah menulis di laman Twitternya seperti berikut:
”Celik- celik dah depan mata. Tak payah pening-pening dah. Good luck to both of you’’
Qi Razali juga menulis ‘Menerima hakikatnya, Redha’, yang merujuk kepada perhubungan di antara Sharnaaz dengan Nelydia Senrose.
Mendengarkan gosip itu, Sharnaaz berkata, hubungan di antara Nelydia hanyalah sebagai rakan di dalam sebuah drama lakonannya, Bukan Kerana Aku Tak Cinta.
Sharnaaz yang ditemui tergelak besar apabila Qi Razali tersalah anggap berkenaan gambar yang dimuat turun oleh beliau.
Kata Sharnaaz, gambar tersebut dimuat turun semata-mata untuk mempromosikan filem terbaru lakonannya, Bukan Kerana Aku Tak Cinta
Sharnaaz
juga telah memohon maaf keada Qi Razali berkenaan gambar tersebut
melalui Nelydia Senrose. Katanya, oleh kerana beliau tidak mengenali Qi
Razali dengan rapat, beliau hanya memohon maaf melalui teman wanitanya
itu.
“Macam dengan Pekin dulu, kami kawan rapat. Jadi senanglah untuk berjumpa. Macam dengan Qi, saya hanya kenal sebagai rakan dalam industri sahaja.”
“Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya mohon maaf andai Qi terasa dan saya dah jumpa dengan Nely petang tadi (semalam).”
”Saya pun tak pasti ini salah faham, atau mereka memang ada masalah sebelum ini dan kebetulan perkara ini berlaku.”
“Apa yang pasti saya tak mahu cari gaduh, apatah lagi melibatkan isu kerja. Rasa tak seronoklah sebab saya kena bekerjasama dengan Nely.”
No comments:
Post a Comment