Telefon pintar berkembang 4 kali ganda

Ketua Pemasaran Nokia Pan Asia, Gary Chan berkata, perkara ini akan menjadikan penggunaan telefon pintar lebih meluas iaitu di luar daripada bandar-bandar utama dan kawasan yang sebelum ini tidak dicapai.
Katanya, pihaknya sangat teruja dengan ekonomi di Malaysia dan akan memanfaatkan trend terbabit.
“Pertumbuhan 30 peratus dalam telefon pintar di Malaysia hanyalah satu momentum. Momentum ini akan mempercepatkan lagi pertumbuhan dalam segmen telefon pintar terbabit. Pengguna akan mendorong permintaan telefon pintar pada harga berpatutan ini dan kami akan memenuhi permintaan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis pensijilan Program MSC Malaysia ICON dan Nokia Windows Phone 8 di sini hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Malaysia (MDeC), Datuk Badlisham Chazali.
Sementara itu, Mohamed Sharil berkata, pihaknya sedang menjalankan kajian mengenai impak ekonomi aplikasi peranti mudah alih bagi mengetahui mengenai ekosistem pemain industri terbabit di Malaysia.
Jelasnya, kajian ini juga akan membolehkan pihaknya mengetahui bagaimana Program Pembangunan Kandungan Bersepadu (ICON) dan pembangun aplikasi membantu dalam memajukan industri terbabit.
“Walaupun terdapat 138 pembangun dalam program ICON, kami sebenarnya telah melatih 1,600 rakyat Malaysia sejak program ICON ini bermula dan kurang daripada separuh mereka adalah pembangun aplikasi tegar. Mereka telah menghasilkan 850 aplikasi.
“Kajian ini akan menunjukkan bagaimana program kami dan program lain membantu dalam mengembangkan ekosistem," ujarnya.
No comments:
Post a Comment