Thursday, April 17, 2014

Kejadian amuk bunuh 12 orang

Kejadian amuk bunuh 12 orang

Washington: Seorang bekas anggota simpanan Tentera Laut AS membunuh 12 orang dalam kejadian amuk di sebuah pangkalan tentera di tengah Washington semalam sebelum dia ditembak mati polis. Polis mengenal pasti penembak itu sebagai Aaron Alexis dari Fort Worth, Texas yang pernah berkhidmat dengan tentera laut dari 2007 hingga 2011 sebelum menjadi subkontraktor pertahanan syarikat gergasi komputer Hewlett-Packard.

Berbanding anggapan awal, penyiasat mendapati kejadian itu cuma membabitkan seorang penyerang.

Ketua Polis Washington, Cathy Lanier berkata, pihak berkuasa lega selepas mendapati hanya seorang penyerang terbabit dalam insiden itu. Biro Siasatan Persekutuan (FBI) pula merayu orang awam menyalurkan maklumat mengenai Alexis, 34, yang dikatakan mempunyai masalah disiplin ketika berkhidmat dengan tentera.

Alexis juga pernah ditangkap sekali kerana melepaskan satu das tembakan dari siling apartmennya, tetapi dia tidak didakwa kemudiannya. Penolong Pengarah FBI cawangan Washington, Valerie Parlave berkata, maklumat mengenai Alexis masih terlalu terhad.

“Kami mahu mengetahui segala-galanya mengenai lelaki terbabit, misalnya ke mana dia pergi baru-baru ini, hubungan serta rakannya,” katanya dalam satu kenyataan. FBI turut menyiarkan gambar Alexis yang berkhidmat di bahagian elektrik penerbangan dan bertugas sepenuh masa dengan skuad sokongan logistik di Fort Worth. Setakat ini belum diketahui motif amukan Alexis itu.

POLIS tiba di pangkalan tentera laut AS di Washington untuk menangani insiden amuk seorang bekas anggota keselamatan semalam. Sementara itu sumber berkata, Alexis menunjukkan pola salah laku ketika berkhidmat dalam tentera. Sumber lain pula mendakwa Alexis berminat dalam ajaran Buddha, tahu berbahasa Thailand serta bercadang berpindah ke Asia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...