Menerusi kemaskini Zizan Razak menerusi Instagram beliau,
selebriti ini telah memuat naik sekeping gambar yang merupakan lukisan
yang dipercayai dihasilkan oleh Emma Maembong dengan kata kata romantis.
“Percaya, hargai, sayang, cinta, teguh, sabar, jujur dan ikhlas —
thanks untuk lukisan ini sayang. Sejuta erti disebalik lukisan ini,
harap kekal seperti mana lukisan ini. Love you sayang”

Rasanya para peminat sudah tidak perlu lagi untuk berteka teki akan
status hubungan Zizan Razak & Emma Maembong ketika ini. Menerusi
ruangan komen juga ramai peminat sudah mula mendoakan pasanagn ini untuk
bertemu jodoh.
Guess what?
Bercakap kepada Berita Harian hujung minggu lalu, Zizan Razak
mendedahkan yang beliau ada merancang untuk menamatkan zaman bujangnya
tahun ini walaupun tidak menyebut secara spesifik bakal isterinya adalah
Emma Maembong.
“Kalau ikut perancangan diri saya, Insya Allah tahu ini nak kahwin.
Tapi semuanya terserah kepada jodoh. Saya hanya merancang & Tuhan
yang menentukan. Ingat ya, saya hanya rancang saja tahun ini,” ujar
Zizan Razak. Jangan tunggu lama lama ya abang Zizan.
-
-
-