Friday, April 11, 2014

bapa tiri perkosa anak tiri

Bapa Tiri Dituduh Perkosa Anak Tiri Berusia 14 Tahun

Bapa Tiri Dituduh Perkosa Anak Tiri Berusia 14 Tahun | KUALA KRAI – Seorang penoreh getah ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam untuk siasatan lanjut berhubung kes rogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang juga merupakan anak tirinya.
Suspek berusia 39 tahun itu ditahan di kediamannya di Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Mengkebang kira-kira jam 1.15 petang 1 Januari 2013 selepas mangsa membuat laporan polis pada 31 Disember 2013.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Ab Rahim Che Ghani berkata, mangsa mendakwa dirogol bapa tirinya sekitar jam 2.30 pagi November 2013 ketika mangsa berada di bilik tidurnya.
Menurutnya, kerana tidak tahan dengan suspek yang didakwa melakukan perbuatan tersebut sejak mangsa masih berusia 10 tahun, remaja perempuan itu telah menyerahkan sepucuk surat kepada adiknya berusia 8 tahun pada kira-kira jam 8 pagi, 3 Disember lalu.
“Siasatan awal polis mendapati mangsa merupakan anak sulung daripada lima beradik telah menyerahkan surat kepada ibunya melalui adiknya, ketika bapa tirinya keluar menoreh getah untuk memaklumkan kejadian yang berlaku ke atas dirinya.
“Dalam surat tersebut, mangsa memaklumkan rasa takut sekiranya dirinya mengandung akibat perbuatan bapa tirinya. Mangsa juga meminta ibunya membuat pilihan sama ada masih ingin tinggal bersama bapa tirinya yang dipanggil papa dan dia pula mahu tinggal bersama datuknya jika ibunya tinggal bersama lelaki itu,” katanya.
Ab Rahim berkata, ibu mangsa kemudiannya bertanyakan lebih lanjut mengenai kejadian yang berlaku ke atas diri mangsa.
Katanya, mengikut maklumat diterima, perlakuan suspek ke atas mangsa boleh dikatakan berlaku seminggu sekali setiap kali ibu dan adik-adiknya sedang nyenyak tidur pada waktu tengah malam.
“Mengikut aduan mangsa, kali terakhir dia dirogol adalah pada dua minggu sebelum cuti penggal akhir persekolahan tahun 2013 pada waktu dan tempat yang sama.
“Berdasarkan aduan mangsa, layanan bapa tiri terhadapnya baik di depan keluarga dan orang lain termasuk tidak pernah dipukul, tetapi dimarahi sekiranya membuat salah kepada adiknya,” katanya.
Tambah Ab Rahim, mangsa kurang berkomunikasi dengan bapa tirinya dan sering bersikap tidak endah apabila ditanya atau ketika bercakap dengan suspek.
Menurutnya, mangsa mendakwa jarang keluar bersama rakan-rakannya dan tidak mempunyai teman lelaki serta tidak pernah melakukan hubungan seks.
“Berdasarkan laporan pemeriksaan dari Hospital Kuala Krai, terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa, namun tiada kecederaan lain,” katanya.-sinar harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...