Thursday, April 17, 2014

Acu parang kebas RM40,000

Acu parang kebas RM40,000

Hiasan

KUALA LUMPUR-Dua beranak kerugian hampir RM40,000 selepas kediaman mereka di Taman Seputeh,disini dipecah masuk oleh kumpulan empat penyamun bertopeng yang bersenjatakan parang ,kelmarin.

Dalam kejadian 7 pagi itu kumpulan penjinayah itu dilaporkan mengumpil pagar dan pintu rumah mangsa sebelum meletakkan parang dileher dua beranak berkenaan sedang bersarapan sebelum melarikan barangan berharga seperti wang tunai,barang kemas dan telefon bimbit pemilik kedua-dua mangsa.

Menurut sumber ketika kejadian,jurul jual wanita berusia 32 tahun dan ibunya berusia awal 60-an dilaporkan tidak menyedari kehadiran kumpulan penjinayah itu dan hanya mampu terdiam apabila daripada empat lelaki itu meletakan parang dileher mereka.
Sumber berkata,bimbang dicederakan dua beranak itu hanya berdiam diri sebelum dikurung dalam sebuah bilik dirumah itu.

Katanya,sebaik mengurung mangsa kumpulan berkenaan mengeledah rumah sebelum melarikan barangan berbagai harga termasuk wang,barangan kemas dan telefon bimbit yang dianggarkan bernilai hampir RM40,000."Kumpulan penjinayah dilaporkan berada dirumah mangsa hanya 10 minit sebelum melarikan diri katanya.

Katanya,selepas memastikan kedaan selamat ,dua beranak itu memecahkan pintu bilik sebelum bergegas membuat laporan di balai polis Brrickfields.
Difahamkan sehingga kini pihak berkuasa belum berjaya memberkas kumpulan penjinayah itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...